Sunday, 19 February 2017

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN DALAM ISLAM





DUA 2012 : SAINS TEKNOLOGI  DAN KEJUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK E-FOLIO:
PERANAN  AL HADIS SEBAGAI SUMBER RUJUKAN DALAM BIDANG SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN ISLAM

NAMA PENSYARAH:
PUAN RAZANA BT MOHD KASIM

NAMA KUMPULAN:
§  SURAYA HANI BINTI MD NIZAM (02DTM16F1077)
§  NUR AFIQAH ADLINA BINTI SAZALI (02DTM16F1053)
§  NOOR AZIERAH BINTI MOHAMAD JASMAYI

(02DTM16F1047)





Isi Kandungan 

       Muka surat
Penghargaan
1.0 Pengenalan
2.Isi
2.0 Pengertian Hadis
2.1 Kedudukan Hadis dalam Agama Islam
2.2 Fungsi Hadis terhadap Al-Quran
2.3 Kewajipan umat Islam terhadap Hadis
2.4 Kepentingan sains dan teknologi dalam Islam
2.5 Tuntutan mengkaji sains dan teknologi dalam Islam
2.6 Peranan sains dan teknologi
3
4

4-5
5-6

6

6-7

7

8


9
3.0 Kesimpulan
10
4.0 Rujukan
11
5.0 Lampiran
12












PENGHARGAAN


Assalamualaikum Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan e-folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Peranan Al Hadis sebagai sumber rujukan dalam bidang sains. E-folio ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek Sains Teknologi Kejuruteraan Islam. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek e-folio ini. Pertama sekali kami sangat menghargai jasa pensyarah subjek kami kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk e-folio kami serta membantu kami dari semasa ke semasa. Jasa beliau akan kami kenang ke akhir hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa dan rakan-rakan kerana memberikan sokongan dan dorongan serta bantuan kepada kami sepanjang e-folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada semua ahli kumpulan kerana telah memberikan komitmen yang baik sepanjang e-folio ini disiapkan. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan ini dilaksanakan.




















PERANAN AL-HADIS SEBAGAI
SUMBER RUJUKAN DALAM BIDANG SAINS , TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM.


1.  0 PENGENALAN
         
         Sains , teknologi dan kejuruteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui Al-Quran . Al-Quran ialah sumber intelektual dan spiritual islam yang teragung , kalam Allah S.W.T ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu pengetahuan . Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan inspirasi pandangan muslim tentang kesepaduan sains dan pengetahuan intelektual ( Ab.aziz,2008)





2.0 PENGERTIAN HADIS
        Hadis berasal dari perkataan Al-Hadis bermaksud “baru” atau “kata-kata” . Dari segi istilah pula bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada Rasullullah SAW sama ada berbentuk perkataan , perbuatan atau sifat .
           Hadis adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketepatan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum didalam agama Islam . Hadis dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Quran , Ijmak , dan Qais , dimana dalam hal ini kedudukan hadis merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Quran
          Ada banyak ulama periwayat hadis , namun yang sering dijadikan referensi hadis-hadisnya ada 7 ulama , yakni Imam Bukhri , Imam Muslim , Imam Abu Daud , Imam Turmudzi , Imam Ahmad , Imam Nasa’i dan Imam Ibnu Majah.



2.1 KEDUDUKAN HADIS DALAM AGAMA ISLAM
               Seluruh umat islam , tanpa pengecualian telah bersepakat bahawa hadis merupakan salah satu sumber ajaran Islam . Ia menempati kedudukannya yang sangat penting setelah Al-Quran . Kewajipan mengikut hadis bagi umat Islam sama wajibnya dengan mengikut Al-Quran . Hal kerana hadis mebayyin (penjelesan) terhadap Al-Quran . Tanpa memahami dan menguasai hadis sesiapapun tidak mampu memahami Al-Quran . Sebaliknya sesiapapun tidak akan mampu memahami hadis tanpa memahami Al-Quran kerana Al-Quran merupakan dasar hukum pertama , yang didalamnya berisi garis besar syariat dan hadis merupakan dasar hukum kedua yang didalamnya berisi penyebaran dan penjelasan Al-Quran
                                                      





2.2 FUNGSI HADIS TERHADAP AL-QURAN
Fungsi hadis terhadap Al-Quran meliputi 3 fungsi iaitu :
·      Menguatkan dan menegaskan hukum yang terdapat dalam Al-Quran
·      Menguraikan dan merincikan yang global (mujmal),mengaitkan yang mutlak dan mentakhsiskan yang umum (‘am) , tafsil , takyid , dan takhsis berfungsi menjelaskan apa yang dikehendaki Al-Quran .Rasulullah mempunyai tugas menjelaskan Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT dalam QS . An-Nahl ayat 44

  “ Dan kami turunkan kepadamu Al-Quran agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan “(QS . An-Nahl 44)
·       Menetapkan dan mengadakan hukum yang tidak disebutkan dalam Al-Quran . Hukum yang terjadi adalah merupakan produk hadis/sunnah yang tidak ditunjukkan  oleh Al-Quran . Contohnya , seperti larangan memadu perempuan dengan bibinya dari pihak ibu , haram memakan burung yang berkuku tajam , haram memakai cincin emas dan  kain sutera bagi laki-laki



2.3 KEWAJIPAN UMAT ISLAM TERHADAP HADIS
          Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW menjadi tauladan bagi umat manusia . Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa beliau diutus untuk menyempurnakan akhlak dan budi pekerti manusia . Kebiasan-kebiasan kaum muslimin pada masa sahabat ialah mengambil hukum-hukum syariat islam dari Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW . Begitu pula dengan Amirul Mu’minin sampai para wali mahupun pejabat-pejabat pemerintah lainnya
            Kaum muslim sepakat bahawa hadis merupakan hukum yang kedua setelah Al-Quran , hal ini berdasarkan kepada kesimpulan yang diperoleh dari dalil-dalil yang member pertunjuk tentang kedudukan dan fungsi hadis . Maka dengan demikian kewajipan umat Islam hadis harus dijadikan hukum(hujjah) dalam melaksanakan perintah Al-Quran yang masih bersifat ijma dan hadis sebagai penjelas untuk melaksanakannya . Melaksanakan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW berarti mentaati printah printah Allah .
 Allah SWT berfirman:
“barang siapa yang mentaati Rasul , maka sesungguhnya dan telah mentaati Allah” . (QS . An – nisa)
Dalam ayat lain Allah berfirman :
  “Apa yang diberikan oleh Rasul kepadamu , maka terimala dia . dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkan” . (QS. Al-Hasyr:)

Dari penjelasan kedua ayat dia diatas jelaslah bahawa umat islam harus menjadikan hadis dan Al-Quran sebagai pedoman hidup untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.




2.4.KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM.
       Ilmu sains dan teknologi tanpa islam boleh diibaratkan seperti sebilah pedang di tangan seorang yang mabuk,atau cahaya api di tangan seorang pencuri yang memungkinkan dia mencuri barang-barang yang terbaik.Atas sebab inilah pemisahan antara islam dengan sains dan teknologi hanya akan membawa kepada kemusnahan kerana mereka yang menguasai ilmu tanpa pimpinan agama akan dipimpin oleh nafsu haloba.
          Oleh itu peranan agama adalah sangat penting dalam memastikan segala ilmu termasuk sians dan teknologi tidak disalahgunakan untuk kepentingan individu ataupun golongan tertentu. Senario dunia masakini juga seolah-olah menuntut umat islam untuk kembali untuk menguasai ilmu sains dan teknologi sebagai saluran untuk mencapai kemajuan dan pemodenan.
                                                





2.5.TUNTUTAN MENGKAJI SAINS DAN TEKNOLOGI
         Perbezaan ketara antara islam dan agama-agama lain ialah menganjurkan kajian dan penyelidikan secara terbuka terhadap bidang kuasa yang termampu oleh akal fikiran mengkajinya agar memperolehi sesuatu hakikat atau makna yang tepat terhadap sesuatu objek perkara atau fenomena kejadian di alam semesta ini.
          Tradisi Al-Quran dari Allah SWT membuka minda manusia untuk berfikir dan mengkaji kejadian di langit dan dibumi agar bertambah peranan akal rasional dalam meneliti hakikat kejadian Ilahi di hadapan mata mereka ,kemudian Allah SWT mendorongkan jiwa halus serta peranan fitrah mereka mengiktirafkan kehebatan ilmu dan teknologi Maha pencipta yang terbentang secara konkrit untuk keguanaan dan faedah manusia





 2.6.PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI
         Antara peranan yang dimainkan oleh sains dan teknologi serta penyelidikan ialah :
         Membantu manusia mengenal pencipta sains dan teknologi serta penyelidikan menghantar penyelidik-penyelidik ke dasar atau punya ilmu Allah SWT atau ke persisian keagungan Ilahi Al-Alim, Al-Hakim dan Al-Khabir, Tajik kajian (subjek matter), itu dilihat sebagai tanda-tanda keagungan Allah SWT (the sign of souverengnty Allah) di dalam nyata yang tersusun rapid an unik. Untuk memahami hakikat inilah , Allah SWT dengan perantaraan Al-Quran, Al-Karim menyebut tidak kurang dari 750 ayat menjelaskan fenomena saintifik yang terdapat alam Nya ini. Menyingkap fenomena ini, bererti manusia telah berinteraksi dengan nama-nama Allah SWT dan sifat-sifatnya yang maha tinggi dan mulia secara langsung dan praktikal. Inilah maksudnya sains dan teknologi membawa manusia menerima dan mengiktiraf  keagunganNya (accepted and acknowledged) dan beriman serta tunduk di bawah peraturan Allah SWT sebagai seorang islam-islamna lillah Muslimin.




 3.0.KESIMPULAN


      Pelbagai huraian yang telah disampaikan pada bab sebelumnya dapat diambil kesimpulan seperti berikut :

        Hadis merupakan salah satu perkara yang boleh kita contohi dalam kehidupan seharian kita.Contohnya sunnah Rasulullah haruslah dijadikan pedoman dan contoh bagi umat Islam.

        Fungsi hadis terhadap Al-Quran adalah sebagai penguat untuk menjelaskan apa-apa yang ada di dalam Al-Quran yang masih bersifat global (mu’mal).

        Hadis merupakan sumber hukum dalam kehidupan manusia untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta mendapat keredaan Allah.









 4.0.RUJUKAN


·      Buku Rujukan mari Mengenali Tamadun Hadis



5.0 Lampiran

Image result for buku sejarah tingkatan 6

Image result for buku sejarah tingkatan 6


Image result for buku sejarah tingkatan 6



Image result for buku sejarah tingkatan 6


Image result for buku sejarah tingkatan 6

No comments:

Post a Comment